Sembang cikgu IT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bir tanpa alkohol??

Go down

Bir tanpa alkohol?? Empty Bir tanpa alkohol??

Post  Admin Fri Aug 21, 2009 4:57 pm

Hi Smile sekadar nak kongsi artikel dalam web pakdi tentang bir dri Iran ni.

Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol
KUALA LUMPUR 7 Mei – Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Bir tanpa alkohol?? Birira10

Pengunjung MIHAS 2009 mencuba bir tanpa alkohol (Kredit berita & gambar Utusan)

1. Bukan semua orang Arab itu alim, tahu pasal Islam. Saya sudah bekerja, berbual dan memerhatikan tingkah laku mereka secara dekat selama 4 tahun. Dan Iran itu bukan negara Arab. Ia negara Parsi. Tapi biasalah, orang kita akan pukul rata mana-mana datang dari Timur Tengah adalah orang Arab. Dan tanggapan kita selalunya adalah mereka (orang timur tengah) adalah lebih alim dari orang Melayu yang tak fasih dan pandai sangat cakap Arab ni.

2. Dalam kes Iran ini, satu lagi yang perlu diperhalusi adalah isu Syiah.

3. Berkaitan dengan hukum arak yang ada dibahaskan dalam 4 mazhab Sunni, memang ada sedikit perselisihan. Tetapi perselisihan itu sudah dirungkai lama.


4. Mazhab Hanafi ada menyebut, al-khamr (arak) adalah minuman yang dibuat daripada anggur. Maka selain daripada al-khamr maka ia boleh diminum. Sebab apa yang disebut oleh Allah swt dalam al-Quran adalah perkatan al-khamr.

5. Tetapi mazhab yang lain menyatakan, apa-apa yang memabukkan adalah haram. Bukan sahaja al-khamr. Air tapai, air nira kelapa pun boleh jadi haram kalau ianya memabukkan. Apatah lagi kalau namanya beer, wine, champagne dan seterusnya.

Kenapa Mazhab Hanafi Berpandangan begitu ?

1. Kita perlu faham, Imam Hanafi ini adalah orang Kufah. Jauh tempatnya dari sumber hadis yang utama ketika itu iaitu Madinah. Maka, ada ijitihad yang dibuat oleh Imam Hanafi ini tanpa berlandaskan hadis yang shahih.

2. Isu bahasa. Sebab pada pengertian mereka, al-khamr itu adalah minuman daripada anggur sahaja. Macam kita lah, orang Kelantan cakap , “Gi selalu.” Selalu dalam konteks itu maksudnya “sekarang.” Tetapi orang luar Kelantan faham “selalu” tu adalah “sering dibuat”.

3. Dan pandangan tersebut telah dibalas oleh ulama lainnya yang menyatakan pendapat Mazhab Hanafi itu tidak tepat.

4. Ia berdasarkan hadis-hadis yang ada menyebut setiap yang memabukkan itu adalah haram.

Bir tanpa alkohol

1. Adakah alkohol adalah illah pengharaman arak ? Tidak. Sebab haramnya arak sebab ia memabukkan.

2. Maka apa-apa sahaja yang memabukkan boleh jadi haram. Tidak kisahlah namanya apa.

3. Barangkali ada yang tanya, “Macam mana kita nak tahu sesuatu tu memabukkan atau tidak ? Jadi, apa salahnya kita rasa dulu bir tersebut. Dah mabuk, baru kita boleh sahkan ia haram!” Maaf. Bukan macam tu ya tuan-tuan.

4. Sekarang juga ada ilmu sains. Jadi seharusnya orang dalam bidang kimia boleh tahu apakah bahan-bahan kimia yang menyebabkan sesuatu itu boleh memabukkan. Jadi, ujian secara saintifik patut dibuat terhadap produk sebegini oleh pengeluar cop halal. Apatah lagi kalau ia dinamakan bir. Apatah lagi kalau ia boleh masuk ke dalam ekspo perniagaan semacam Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS).

5. Jadi tuan puan yang sudah membaca blog ini, berhati-hatilah. Jangan sesekali anda yang telah membaca blog Pakdi.my ini mencuba minum, atau berhasrat menjadi pengedar produk tersebut. Enggak boleh sih!


Ni pulak antara komen yang menarik untuk dikongsi

dari matjapp
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=34539&highlight=alkohol

Hukumnya difatwakan haram. Antaranya Islam Online 12/07/2003, Majlis Fatwa Singapore (31/05/2007). Hujah IOL ialah pengesahan dari pengilang arak USA bahawa walaupun ada teknologi untuk menyahkan alkohol dari arak/beer, namun ia tidak mungkin dapat dinyahkan 100%. Maka jika ada saki baki alkohol dalam beer, maka ia tetap menjadikan beer itu haram berdasarkan dalil hadith:

” apa yang banyaknya memabukkan, jika sedikitpun haram juga.” (HRr Ahmad, Abu daud dan Termidzi, dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Irwaa’ (2375)

Fatwa Singapore pula menambah kerana ia menyokong dan menyuburkan budaya arak dan selaras dgn kaedah syarak: Sadd adDzaara’iy (menutup pintu-pintu fitnah dan kejahatan), yakni jika bermula dengan arak tanpa alkohol akhirnya akan membuka lubang kepada arak yang beralkohol.
sekian

Dari GreenLava
Bir tanpa alkohol pulak…
satu lagi produk yang tak masuk akal.
Satu lagi produk yang sewaktu dengannya ialah Turkey Ham (daging babi ciplak yang diperbuat dari daging ayam belanda atau daging ayam belanda yang diproses untuk menyerupai daging babi)
Kenape diorang buat benda ni…yang dasatnya kenapa ada orang beli?
Macam-macam ada…

Daripada wida
Ada beberapa benda saya nak bercakap tentang ni..

Satu, benarkah perbezaan syiah-sunni yang menghalal haramkan bir tanpa alkohol ni? di Iran pun, saya percaya wujud kaum Yahudi yang suka untuk memecah-belahkan umat Islam. Mungkin ni satu dakyah nak menambahkan keretakan dalam umat Islam hari ini..

Dua, kenapa perlu wujudnya istilah “bir tanpa alkohol”? kalau kita letak saja namanya “jus anggur lebih sedap”.. tak lakukah air tu? kurang kreatif kah kalau kita letak nama lain, jika benar minuman itu tidak memabukkan?

Tiga, “bir tanpa alkohol”? alkohol ni terlampau banyak sifatnya.. ada yang memabukkan.. ada yang tidak.. bergantung kepada compound dalam alkohol tu.. mungkin wujud elemen lain yang menyebabkan bir itu memabukkan.. kenapa tidak panggil je “bir tanpa mabuk”.. atau lebih baik “jus anggur tanpa mabuk”..

Empat, bukankah lebih baik menjauhi satu perkara sekiranya kita berasa syubhah?

Lima, dakyah Yahudi tidak pernah berjaya apabila dilakukan secara terang-terangan, kerana umat Islam akan bersatu-padu dan menentang. Sebab itu, ia berlaku perlahan2 sekarang. Contoh, dari kaca TV, walaupun tak banyak rancangan cerita Melayu yang seksi2 (ni dakyah terang2an) dengan kehidupan ala Hollywood, tapi kita lihat banyak elemen sebegini dari rancangan luar negara (dakyah sembunyi2). perlahan2 meresap dalam diri.. dan generasi muda pun dah biasa tengok dari kecik.. jadi tak hairan jika manusia hari ni berasa biasa dan buat benda2 tak baik macam dalam kehidupan ala hollywood.

Enam, sebagai seorang usahawan, kita pun ada tanggungjawab besar kepada ummah. Jangan fikir nak untung je. Islam berkembang pun, salah satu caranya adalah melalui perniagaan. Berniaga, kalau benar caranya adalah beribadat. Dan bukankah Allah jadikan manusia tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk beribadat?

Tujuh, setiap umat Islam itu adalah daie.. menyampaikan apa yang benar dan menegur apa yang salah.. itu adalah salah satu dakwah.. kalau semua orang balik mengaji bila rasa sesuatu benda tu salah.. bila je dia dah habis mengaji.. maksiat pun dah berganda-ganda besarnya.. bagaimana?

so, pe pndgn korang? for me senang je, kalau ragu2 jgn minum. credit to www.pakdi.my Smile

p/s: actually jus anggur yg botolnya menyerupai botol arak pun i waswas nak minum.
Admin
Admin
Admin

Posts : 77
Join date : 2009-08-19
Age : 38
Location : ipoh

https://gen-it.forumotion.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum